Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama di Alam Kubur : Persiapan Menuju Alam Barzakh

Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama di Alam Kubur : Persiapan Menuju Alam Barzakh
Language: 
ISBN10: 
9673680280
ISBN13: 
9789673680283
Pages: 
152
Published: 
2011 by Al-Hidayah Publication
Rating: 
4.11

Adakah kita dapat membayangkan bagaimanakah rasanya berada di alam kubur? Hanya tujuh malam sahaja? Masya Allah, sesungguhnya itu adalah kehidupan yang menakutkan dan mengerikan.

Sebuah gambaran rumah masa hadapan yang amat sempit, gelap, dingin, lembab dan sunyi. Hanya bertemankan cacing, ulat, belatung, ular, kala jengking dan makhluk merayap yang menjijikkan. Tetapi sedarlah, itulah hakikat kehidupan masa depan yang pasti kita lalui. Tidak peduli kaya atau miskin, berpangkat atau orang biasa, ahli korporat atau melarat, kita semua akan merasai gelapnya kehidupan di alam kubur.

Jika kita lupa akan gambaran ngeri alam kubur itu, nescaya hati kita akan sentiasa jauh daripada Allah. Sebaliknya jika kita selalu ingat bahawa di dunia ini kita tidak kekal, hatta dengan kemolekan, kecantikan, kekayaan dan kemasyhuran status kita, nescaya kita akan berlinangan air mata membayangkan betapa kerdilnya diri ini. Kita akan terus bergegas menyiapkan diri menghadapi alam kubur dengan penuh ketakziman dan kesolehan ibadah.

Buku ini mengingatkan kita, bagaimanakah nasib kehidupan yang akan pasti kita jalani setelah kita dimasukkan ke liang lahad oleh mereka yang sangat menghormati dan mencintai kita selama ini, hingga 7 malam akan datang, SubhanAllah...Ya Allah, beginikah rasanya 7 malam pertama kehidupan sepi di alam kubur? Tolonglah hambaMu ini Ya Allah...

SYIAH: Menyingkap Pemesongan Fahaman Islam

SYIAH: Menyingkap Pemesongan Fahaman Islam

'Iran Musuh Utama Amerika Syarikat dan Israel.'

Benarkah pernyataan tersebut? Benarkah kepentingan Islam dijaga oleh Iran? Benarkah persatuan antarabangsa di negara tersebut diutamakan?

...
Hei... Aku Kenal Cinta

Hei... Aku Kenal Cinta

Berani sungguh Arianna memutuskan hubungan cinta dengan Ashriq. Memang cari pasal! Ashriq pantang kalau dipersendakan. Dia mahu mengajar Arianna sehingga gadis itu melutut dan memohon maaf padanya. Untuk menjayakan rencana itu, dia harus mencari...
Rumput Masih Hijau

Rumput Masih Hijau

Satu demi satu lelaki yang dia kenal selepas Ikram tidak pernah diizinkan bertamu di hati, sehinggalah Naim menjadi ‘tawanan’ kalbunya. Sejak awal, kenapa tidak Adam Ashraf yang menjadi pilihan? Kenapa Doktor Safuan sentiasa dipandangnya sepi tanpa rasa?...
Kumpulan Cerpen: Menanti Buraq

Kumpulan Cerpen: Menanti Buraq

Mengandungi sebanyak 27 buah cerpen. Cerpen yang terungkap dalam kumpulan cerpen ini membicarakan isu tentang pemimpin dan kepimpinan. Mesej yang diketengahkan oleh pengarang akan merangsang minda pembaca untuk menilai pemimpin yang...
Kembang Tak Jadi...

Kembang Tak Jadi...

Model Mongolia, Etontanya Seribunga kecundang di tangan lelaki. Sariah pula putus tunang dengan juara lagu Alam Fantasi. Semuanya mengajar erti sebuah cinta yang rapuh. Namun Sariah bangkit dari kekecewaan itu. Dia membina kejayaan dan memintas setiap usaha...
Maktab Ibu Kandung

Maktab Ibu Kandung

Novel ini memaparkan kisah benar yang berlaku di kalangan pelajar sewaktu menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim pada sekitar tahun 1940-an. Cerita bertitik tolak dari kedatangan seorang guru dari Singapura bernama Junid yang ditukarkan...
Perahu Melayu Di Lautan Khulzum : Koleksi Terbaik Puisi-Puisi Kerohanian

Perahu Melayu Di Lautan Khulzum : Koleksi Terbaik Puisi-Puisi Kerohanian

Semenjak dua puluh satu tahun kebelakangan ini (1984-2005), Johar Buang tetap menonjolkan minatnya sebagai penyair yang memberikan tumpuan khusus...