Merah Cinta Epal

Merah Cinta Epal
Author: 
Language: 
Pages: 
373
Published: 
February 2012 by Kaki Novel Enterprise (001547975-A)
Rating: 
3.26

Sebiji epal merah menyatukan seorang gadis bernama Irdina yang sedang mencari pekerjaan dan seorang pemuda bernama Ehkmal yang tidak mahu berkahwin dengan pilihan keluarga. Pertemuan dua insan yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain ini hampir membawa kedua-duanya ke gerbang perkahwinan tetapi dapat dihalang. Tanpa Irdina ketahui, pertemuan tersebut adalah satu rancangan dari seseorang yang telah lama memendam rasa padanya. Walaupun perkahwinan tersebut tidak menjadi, kedua-duanya tetap ditunangkan tetapi hanya dalam tempoh tiga bulan. Irdina menerima perjanjian itu atas kesempitan hidup, sementara Ekhmal bersetuju kerana belum bersedia untuk berkahwin. Perjanjian yang dimeterai, cuba dilunaskan sebaik mungkin.

Seorang gadis polos dan seoang pemuda yang panas baran, Irdina dan Ekhmal saling berbalah dan tidak sependapat. Tanpa sedar, angin cinta mula menyapa lembut di dalam hati masing-masing. Dugaan dan pengorbanan dalam bercinta sudah menjadi satu kemestian. Ada gadis lain yang menaruh hati pada Ekhmal yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memisahkan mereka. Begitu juga ada seorang lelaki yang memuja Irdina yang begitu ingin melindungi gadis itu. Ekhmal dan Irdina masing-masing memendam rasa membuat hubungan mereka dinodai orang ketiga. Mereka hampir terpisah namun kuasa cinta mengatasi segalanya. Sedang hangat dilamun cinta, mereka sekali lagi diuji. Mampukah kuasa cinta bertahan sekali lagi?

"Kahwin dengan aku."

Terbeliak mata Irdina mendengar kata-kata Ekhmal tadi. Terkebil-kebil matanya seakan tidak percaya.

"Awak bergurau bukan?"

"Aku serius. Kahwin dengan aku."

"Kalu saya tak nak?"

"Aku bawa kau ke balai polis atas tuduhan mencuri dan melakukan penderaan mental," jawab Ekhmal.

Sebuah kisah cinta romantis yang bermula dari sebiji epal merah. Nikmatilah!

SYIAH: Menyingkap Pemesongan Fahaman Islam

SYIAH: Menyingkap Pemesongan Fahaman Islam

'Iran Musuh Utama Amerika Syarikat dan Israel.'

Benarkah pernyataan tersebut? Benarkah kepentingan Islam dijaga oleh Iran? Benarkah persatuan antarabangsa di negara tersebut diutamakan?

...
Hei... Aku Kenal Cinta

Hei... Aku Kenal Cinta

Berani sungguh Arianna memutuskan hubungan cinta dengan Ashriq. Memang cari pasal! Ashriq pantang kalau dipersendakan. Dia mahu mengajar Arianna sehingga gadis itu melutut dan memohon maaf padanya. Untuk menjayakan rencana itu, dia harus mencari...
Rumput Masih Hijau

Rumput Masih Hijau

Satu demi satu lelaki yang dia kenal selepas Ikram tidak pernah diizinkan bertamu di hati, sehinggalah Naim menjadi ‘tawanan’ kalbunya. Sejak awal, kenapa tidak Adam Ashraf yang menjadi pilihan? Kenapa Doktor Safuan sentiasa dipandangnya sepi tanpa rasa?...
Kumpulan Cerpen: Menanti Buraq

Kumpulan Cerpen: Menanti Buraq

Mengandungi sebanyak 27 buah cerpen. Cerpen yang terungkap dalam kumpulan cerpen ini membicarakan isu tentang pemimpin dan kepimpinan. Mesej yang diketengahkan oleh pengarang akan merangsang minda pembaca untuk menilai pemimpin yang...
Kembang Tak Jadi...

Kembang Tak Jadi...

Model Mongolia, Etontanya Seribunga kecundang di tangan lelaki. Sariah pula putus tunang dengan juara lagu Alam Fantasi. Semuanya mengajar erti sebuah cinta yang rapuh. Namun Sariah bangkit dari kekecewaan itu. Dia membina kejayaan dan memintas setiap usaha...
Maktab Ibu Kandung

Maktab Ibu Kandung

Novel ini memaparkan kisah benar yang berlaku di kalangan pelajar sewaktu menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim pada sekitar tahun 1940-an. Cerita bertitik tolak dari kedatangan seorang guru dari Singapura bernama Junid yang ditukarkan...
Perahu Melayu Di Lautan Khulzum : Koleksi Terbaik Puisi-Puisi Kerohanian

Perahu Melayu Di Lautan Khulzum : Koleksi Terbaik Puisi-Puisi Kerohanian

Semenjak dua puluh satu tahun kebelakangan ini (1984-2005), Johar Buang tetap menonjolkan minatnya sebagai penyair yang memberikan tumpuan khusus...