Nah, Untuk Awak!

Nah, Untuk Awak!
Author: 
Language: 
Pages: 
474
Published: 
May 8th 2012 by Jemari Seni Sdn Bhd
Rating: 
3.89

Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biru

Kata Najiha, hidup ini mudah. Punya babah yang menyayanginya sepenuh hati. Kekasih hati yang sempurna di matanya. Kawan-kawan yang setia di sisi. Hidup Najiha sudah lengkap.

Namun, langit tak selalu cerah. Cinta hatinya beralih arah kepada orang yang dia percaya. Najiha terkedu seketika. Hidup ini bukan semudah yang dijangka. Lalu, dia mencari tenang di bumi Korea. Tenang yang dicari sentiasa saja diganggu oleh Si Janggut Sejemput.

“Awak intip saya ke apa ni?”
“Nak intip awak buat apa? Tak ada maknanya.”
“Habis tu mana-mana saya pergi kenapa saya nampak awak saja?”
“Tempat ni bukan awak yang punya.”

Baru saja luka di hati ini ingin sembuh, Najiha diduga lagi dengan pemergian yang tersayang. Namun, Najiha pasti setiap yang berlaku, pasti ada hikmah-Nya. Jalan bahagia ada di depan matanya. Najiha hanya perlu memilih untuk ke kiri atau ke kanan.

Andai takdir jodohku bukan denganmu, aku percaya Dia telah memilih yang lebih baik untukmu.

***

Selepas Ikhlas, A. K! kini NIRROSETTE membawa kita menelusuri hidup Najiha yang percaya pada pengakhiran yang bahagia. Nah, untuk Awak! Sebuah kisah bahagia bersulam luka ini ditulis dengan pena yang cantik dan bahasa yang santai.

SYIAH: Menyingkap Pemesongan Fahaman Islam

SYIAH: Menyingkap Pemesongan Fahaman Islam

'Iran Musuh Utama Amerika Syarikat dan Israel.'

Benarkah pernyataan tersebut? Benarkah kepentingan Islam dijaga oleh Iran? Benarkah persatuan antarabangsa di negara tersebut diutamakan?

...
Hei... Aku Kenal Cinta

Hei... Aku Kenal Cinta

Berani sungguh Arianna memutuskan hubungan cinta dengan Ashriq. Memang cari pasal! Ashriq pantang kalau dipersendakan. Dia mahu mengajar Arianna sehingga gadis itu melutut dan memohon maaf padanya. Untuk menjayakan rencana itu, dia harus mencari...
Rumput Masih Hijau

Rumput Masih Hijau

Satu demi satu lelaki yang dia kenal selepas Ikram tidak pernah diizinkan bertamu di hati, sehinggalah Naim menjadi ‘tawanan’ kalbunya. Sejak awal, kenapa tidak Adam Ashraf yang menjadi pilihan? Kenapa Doktor Safuan sentiasa dipandangnya sepi tanpa rasa?...
Kumpulan Cerpen: Menanti Buraq

Kumpulan Cerpen: Menanti Buraq

Mengandungi sebanyak 27 buah cerpen. Cerpen yang terungkap dalam kumpulan cerpen ini membicarakan isu tentang pemimpin dan kepimpinan. Mesej yang diketengahkan oleh pengarang akan merangsang minda pembaca untuk menilai pemimpin yang...
Kembang Tak Jadi...

Kembang Tak Jadi...

Model Mongolia, Etontanya Seribunga kecundang di tangan lelaki. Sariah pula putus tunang dengan juara lagu Alam Fantasi. Semuanya mengajar erti sebuah cinta yang rapuh. Namun Sariah bangkit dari kekecewaan itu. Dia membina kejayaan dan memintas setiap usaha...
Maktab Ibu Kandung

Maktab Ibu Kandung

Novel ini memaparkan kisah benar yang berlaku di kalangan pelajar sewaktu menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim pada sekitar tahun 1940-an. Cerita bertitik tolak dari kedatangan seorang guru dari Singapura bernama Junid yang ditukarkan...
Perahu Melayu Di Lautan Khulzum : Koleksi Terbaik Puisi-Puisi Kerohanian

Perahu Melayu Di Lautan Khulzum : Koleksi Terbaik Puisi-Puisi Kerohanian

Semenjak dua puluh satu tahun kebelakangan ini (1984-2005), Johar Buang tetap menonjolkan minatnya sebagai penyair yang memberikan tumpuan khusus...