Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Kulafa ar-Rasyidin

Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Kulafa ar-Rasyidin
Language: 
Pages: 
225
Published: 
2010 by PTS Islamika Sdn. Bhd.
Rating: 
3.88

"Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa takut kepada Allah dan taat kepada pemimpin walaupun pemimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Jadi, berpegang teguh dengan sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bidaah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat".

Mereka adalah khalifah-khalifah yang benar. Mereka mendapat asuhan kepimpinan langsung daripada tangan Rasulullah sendiri. Mereka mewarisi kepimpinan Rasulullah selepas beliau meninggal dunia dan berjaya mentadbir seluruh umat Islam sehingga mencapai kejayaan yang gemilang.

* Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin buku pertama yang membahaskan politik dan pemerintahan gaya Khulafa ar-Rasyidin. Turut memuatkan tip dan panduan
* bagaimana khalifah-khalifah Rasulullah menjalankan urusan mentadbiran?
* Bagaimana mereka menangani konflik?
* Apa pembaharuan yang mereka lakukan?
* Apa kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang pemerintahan mereka?

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang memiliki Ijazah Sarjana Muda (B.A) Syariah daripada Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana (M.A) Siyasah Syar'iah daripada Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau dikenali sebagai tokoh ilmuwan agama yang banyak memberi sumbangan dan percambahan idea-idea semasa. Beliau juga pernah diberi mandat menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.

Antara karya beliau terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Hari Akhirat, Beriman kepada Qadak dan Qadar, Fahaman dan Ideologi, Islam dan Demokrasi dan Islam Adil untuk Semua.

Islam Adil Untuk Semua

Islam Adil Untuk Semua

“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim, walaupun sebesar debu.” (Surah an-Nisak : 40)

Keadilan mengikut pentafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana dikongkong perasaan perkauman, bangsa, pengaruh harta,...
SYIAH: Menyingkap Pemesongan Fahaman Islam

SYIAH: Menyingkap Pemesongan Fahaman Islam

'Iran Musuh Utama Amerika Syarikat dan Israel.'

Benarkah pernyataan tersebut? Benarkah kepentingan Islam dijaga oleh Iran? Benarkah persatuan antarabangsa di negara tersebut diutamakan?

...
Hei... Aku Kenal Cinta

Hei... Aku Kenal Cinta

Berani sungguh Arianna memutuskan hubungan cinta dengan Ashriq. Memang cari pasal! Ashriq pantang kalau dipersendakan. Dia mahu mengajar Arianna sehingga gadis itu melutut dan memohon maaf padanya. Untuk menjayakan rencana itu, dia harus mencari...
Rumput Masih Hijau

Rumput Masih Hijau

Satu demi satu lelaki yang dia kenal selepas Ikram tidak pernah diizinkan bertamu di hati, sehinggalah Naim menjadi ‘tawanan’ kalbunya. Sejak awal, kenapa tidak Adam Ashraf yang menjadi pilihan? Kenapa Doktor Safuan sentiasa dipandangnya sepi tanpa rasa?...
Kumpulan Cerpen: Menanti Buraq

Kumpulan Cerpen: Menanti Buraq

Mengandungi sebanyak 27 buah cerpen. Cerpen yang terungkap dalam kumpulan cerpen ini membicarakan isu tentang pemimpin dan kepimpinan. Mesej yang diketengahkan oleh pengarang akan merangsang minda pembaca untuk menilai pemimpin yang...
Kembang Tak Jadi...

Kembang Tak Jadi...

Model Mongolia, Etontanya Seribunga kecundang di tangan lelaki. Sariah pula putus tunang dengan juara lagu Alam Fantasi. Semuanya mengajar erti sebuah cinta yang rapuh. Namun Sariah bangkit dari kekecewaan itu. Dia membina kejayaan dan memintas setiap usaha...
Maktab Ibu Kandung

Maktab Ibu Kandung

Novel ini memaparkan kisah benar yang berlaku di kalangan pelajar sewaktu menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim pada sekitar tahun 1940-an. Cerita bertitik tolak dari kedatangan seorang guru dari Singapura bernama Junid yang ditukarkan...